SOALAN LATIHAN

LATIHAN : KATA GANTI NAMA
A. Gariskan kata nama ganti diri yang sesuai.

1.  Saya dan Siti tinggal berjiran. (Kami, Kita) berjalan kaki ke sekolah bersama-sama.
2.  Pencuri itu telah ditangkap oleh polis. (Beliau, Ia) akan dihukum penjara.
3.  "(Aku, Saya) mahu kamu semua menjaga kebersihan sekolah," kata guru besar.
4.  "Mengapakah (kamu, anda) tidak hadir ke majlis hari jadi saya?" tanya Abu.
5.  Budak-budak itu sedang bermain bola sepak. (Dia, Mereka) bermain dengan gembira.
6.  "(Baginda, Beta) berasa gembira melihat rakyat bersatu," titah Sultan Mahmud.
7.  "(Hamba, Patik) akan menurut segala perintah tuanku," kata Bendahara Ali.
8.  Datuk Seri Abdullah ialah Perdana Menteri Malaysia kelima. (Beliau, Dia) pemimpin yang   berwibawa.
9.  "Mari (kita, kami) pergi ke perpustakaan," kata Yi Ting kepada kawan-kawannya.
10. "(Engkau, Anda) semua mestilah menulis nama penuh pada kertas peperiksaan," kata Cikgu Harun kepada calon-calon peperiksaan.
11. Sultan Selangor yang baru ditabalkan itu berjiwa rakyat. (Beta, Baginda) amat disayangi oleh rakyat jelata.
12. "(Kita, Kami) ingin bermain badminton," kata Wai Leng dan Wai Yee kepada ibu.

B. Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang paling sesuai.
1.  ___________kah penyanyi yang sedang menyanyi di atas pentas itu?
2.  ___________kah matlamat-matlamat utama gerakan "Cintakan Bahasa Kita"?
3.  Di  ________kah kamu tinggal?
4.  ___________kah pemuda yang berbaju biru itu?
5.  Ke ________kah kamu pergi seminggu yang lalu?
6.  ___________kah nama ibu negeri Sabah?

C. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tempat dan tunjuk yang betul.
1.  Murid-murid kelas 4M sedang bermain di ___________, " kata Cikgu Lim sambil menunjuk ke arah gelanggang. (itu, sana)
2.  Kereta Proton Gen-2 bapa saya _______________ berharga RM55,000. (sini, ini)
3.  "Mari ke __________, " panggil ibu. (situ, sini)
4.  "Amboi, degilnya budak ___________," marah Allena. (itu, sana)
5.  Di sekolah _____________ terdapat sebuah makmal komputer baru. (itu, situ)
6.  "Mengapakah kamu masih berdiri di ____________? Masuklah," ajak Sivam. (situ, sini)
7.  Zaim dan keluarganya akan pergi berkelah di Pantai Kundur. Mereka akan bertolak ke _________ pada pukul 8.00 pagi. (sana, sini)
8.  "Tolang letak pinggan ini di _____________," kata ibu sambil menunjuk ke arah meja. (situ, ini)
9.  Kami akan pergi ke pasar raya itu pada petang ___________. (situ, ini)
10.____________lah rumah usang yang didiami oleh Sau Lan dan ibunya. (Itu, Situ)

No comments:

Post a Comment