NOTA : KATA GANTI NAMA


KATA GANTI NAMA
Kata Ganti Nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama. Kata ganti nama terbahagi kepada : 
1. Kata Nama Nama Diri
2. Kata Ganti Nama Tanya
3. Kata Ganti Nama Tak Tentu
4. Kata Ganti Nama Tunjuk
_____________________________________________________________________________
1. Kata Nama Nama Diri
A. Kata Ganti Nama Diri Pertama
Contoh:
Penggunaan
aku
Apabila bercakap dengan kawan yang rapat atau Tuhan.
saya
Apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali, rapat atau suasana rasmi.
hamba
Digunakan oleh rakyat biasa ketika menghadap raja atau sultan.
patik
Digunakan oleh pembesar-pembesar atau orang kenamaan ketika menghadap raja atau sultan.
beta
Digunakan oleh raja atau sultan ketika bertitah.
kami
Digunakan oleh diri orang yang bercakap berserta kawannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita
Digunakan oleh orang yang bercakap berserta dengan orang kedua.
B. Kata Ganti Nama Diri Kedua
Contoh :
Penggunaan
awak,
kamu
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan orang yang bercakap.
engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan orang yang bercakap atau Tuhan.
anda
Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
C. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Contoh :
Penggunaan
ia, dia, mereka 
Digunakan untuk orang ketiga yang bercakapkan halnya.
beliau
Digunakan untuk orang yang dihormati.
baginda
Digunakan ketika merujuk kepada raja atau sultan.
2. Kata Ganti Nama Tanya
  apa - menanyakan benda, binatang, atau perkara.
  siapa - menanyakan manusia.
  mana - menanyakan tempat.

Kata Ganti Nama Tanya digunakan pada awal ayat mesti diikuti partikel '-kah'. Tanda tanya (?) mesti dibubuhkan pada akhir ayat tanya.
Ayat contoh :
a) Apakah pekerjaan bapa kamu?
b) Siapakah yang datang ke rumah kamu?
c) Di manakah kamu simpan majalah itu?
3. Kata Ganti Nama Tempat
a) Kata Ganti Nama Tempat digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.
b) Kata Ganti Nama Tempat dibahagikan kepada tiga, iaitu :
i)   sini : untuk menunjukkan tempat yang dekat.
ii)  situ : untuk menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh.
iii) sana : untuk menunjukkan tempat yang lebih jauh.
4. Kata Ganti Nama Tunjuk
a) Kata Ganti Nama Tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu seperti manusia, haiwan dan      benda.
b) Kata Ganti Nama Tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu :
i)  ini : menunjukkan sesuatu yang dekat.
ii)  itu: menunjukkan sesuatu yang jauh.

1 comment: